Alamak.. Saya akan cuba berbelog dalam Bahasa Melayu, kerana saya cuba mengikuti Kempen Vincent Mari Berbelog Dalam BM. Saya tidak ade 'banner' sebab malas laa nak upload. Alaa.. macam skema je ayat. Tapi tidak mengapa.. akan ku cuba jua.. cewah!
Rase pelik bila cuba nak menaip dalam BM. Mungkin sebab dah biasa hidup 5 6 tahun, menaip report, exam dan sebagainya dalam English. Bila tiba BM.. waduh.... Dalam kepala pon secara otomatik akan terpikir ayat English untuk menaip. Oleh dengan itu, saya pon menaip perlahan aje.
Nak kata segan menaip dalam Bahasa Melayu.. tak jugak.. sebab bahasa percakapan hari-hari memanglah Bahasa Melayu.. siap ade 'slang' Klate, Kedah, Nogori jugak daku masukkan. Tapi hendak buat camner, bile tiba menaip dan membaca , lagi selesa dalam English. Mungkin sebab tu lah kebanyakkan pelajar Melayu ada masalah nak 'spikang' English tapi report A OK aje.
Berbalik kepada topik di atas. Lagu Sudirman tu. Antara lagu-lagu patriotik yang paling digemarilah. Fikir balik... tak jugak. Rasanya.. hanya itulah lagu patriotik yang diminati kecuali Negaraku la kan. Masa-masa zaman sekolah dulu... bile tiba 31 Ogos, mesti lagu itulah yang dinyanyikan (lebih kepada menjerit la sebenarnya). Siap lompat-lompat atas bangku lagi dulu sambil lambai-lambai bendera Malaysia bagai nak rak. Nasib baik zaman tu kurus lagi. Kalau tak .. tak lamalah hayat bangku tu.
Dulu paling seronok sambut merdeka.. zaman sekolah. Biasalah kan.. agenda sekolah hendak menaikkan semangat patriotik di kalangan pelajar sebelum kita semua membesar jadi orang yg sombong dan bongkak dan tak ingat dulu masa kecik makan nasik dan budu/tempoyak/tempe/ulam. Banyak je aktiviti pertandingan menulis sajak, syair, pantun kemerdekaan. Takdelah pulak saya sibuk-sibuk nak masuk skali , tapi seronok juga tengok orang lain bertanding. Kemudian paling saya suka lakonan drama la. Seronok tengok kawan-kawan ini pakai baju ngarut-ngarut berlakon ala-ala drama swasta TV1. Lagi seronok kalau join sekali. Tak kisahlah jadi AJK ke, tuan direktor ke, ekstra yang jadi tukang sapu sampah ke.
Masa duduk asrama dulu pon.. lagilah seronok. Boleh tidur lepas pukul sebelas.. (macam lah tak biasa....curi-curi phone) bile jam tunjuk detik pukul 12.00 tengah malam aje..bergemalah Dewan Sekolah Sains Kota Tinggi tu.. Merdeka! Merdeka! Mungkin zaman umur-umur 16 17 tahun kita tidak berapa faham erti patriotik... tapi seronok ape! Lompat-lompat sana sini, lari-lari (arrr.. betul ke aku lari-lari dengan baju kurung ni kat asrama) .. jerit-jerit. Lepas tu hamik~ Kena hukum diri kat luar asrama dengan warden sebab warden suspek ade budak 'beromen' dekat dalam bilik jahitan. Warden tak sempat nak tangkap almaklumlah.. badan gempal-gempal belaka...
Sebenar-benarnye.. memang ade budak dalam bilik jahitan tu. Tapi kedua-duanya perempuan. Die orang malas aje nak masuk dewan so duduk lah kat bilik jahitan tu. Sebab salah seorangnye rambut pendek, sorang lagi rambut panjang..warden pon terus la pikir ke arah tu. Haihh.. warden-warden ni asik pikir serong je tak habis-habis. Tapi sebab die orang tak nak mengaku. Satu blok asrama tu la kena. Punye la dah biasa kena hukum ngan warden.. so satu asrama selamba je la tidur kat luar sekejab. Macam mana saya boleh tahu perkara sebenar? Sebab budak-budak yandg dalam bilik jahitan itu adalah adik-adik junior kesayangan saya yang sama dorm. Sebab nak protect nama dorm la jugak (nama dorm sudah banyak kali tercemar atas perbuatan-perbuatan kami yang rasional), kemudian sebab bukannya besar sangat salah pon, saya cakap tak apalah. Die orang cerita pon bila dah lepas, malas la nak memanjangkan episod. Nanti tak pasal-pasal kena hukum balik. Warden-warden punya hukuman kadang-kadang tak masuk akal jugak.
Kelakar kan fikir balik semua kisah-kisah lama ini. Terutamanya zaman sekolah. Namun memang tak boleh dinafikan memang seronok sambut merdeka zaman sekolah ini. Ape orang cakap ...'terasa'. Sekarang ini kalo nak rasa balik semangat, keseronokan macam itu dulu untuk Hari Merdeka ini, kena lah cari dalam diri sendiri.

Comments
tq tq
sekali aku terkenang kenangan silam pulak....