Skip to main content

Eid

Tajuk di atas saja yang English. Tapi terasa macam nak berbelog lagi dalam Bahasa Melayu. Mungkin sebab terasa sentiment tu macam kena aje untuk Raya.

Malas la nak menaip panjang-panjang. Tengah kenyang. Baru lepas makan lemang. Lemang tipu bak kate abang ipar. Dalam bukan main lawa lagi, takde kesan macam kena bakar. Terletak je lemang tu, setakat asap tepi jalan je lebih. Sekadar hiasan agaknye. Ye la kan Malaysia pon baru je diwarwarkan antara pengeksport Uncle Ho yang terhebat. Alang- alang musim raya, lemang ketupat pon kalau boleh nak di'lanun'kan sekali.

Selalu cakap tak seronok dulu-dulu masa raya. Orang-orang tua cakap raya ni untuk budak-budak. Yang dah dewasa pening kepala sebab poket dah kering. Tahun ni lain pulak rasenye. Sebab tahun ni dah kena mula bagi duit-duit raya pada sedara mara.

Orang kata tak best la kan sebab dah tak dapat duit raya. Macam mana pun, ade jugak la rase seronok. Pertama kali nak memberi duit kononnye. Rase macam best je duk masuk-masukkan duit dalam sampul raya nak kasi untuk kanak- kanak comel dan adik- adik yang greedy. Selalunye Kak Watie die ni kedekut sangat-sangat kan. Haaa, time ni la nak 'pau'. Adik- adik mintak RM 100 paling kurang. Berangan la die orang. Tapi kesian la jugak pikirkan adik-adik laki yang kuat makan ni, kasi la lagi banyak dari yang die orang patut dapat. Bukan banyak sangat pon adik. Ade 2 orang je. Nasib baik la sedara mara / anak sedara pon tak ramai. Rasa macam kelakar la pulak nak kena bagi kat kazen mazen yang lebih kurang sama je umur. Dulu-dulu sama-sama pegi ke rumah sana sini mintak duit raya. Ni kena bagi duit raya kat die orang laks! Yang ade sorang kazen kecik ni tetiba tanye

" Kak Watie dah kahwin ke?"

Blur sats kena tanye soalan camtuh. Agak biasa la soalan tu dilontarkan sejak 2 menjak dah keje ni kan. Dasar budaya timur = Lumrah alam. Tapi masa terberhenti jugak la seketika bila kazen yg kecik pon tanye camtuh. Rupa-rupanye die konfius sebab setahu die orang dah kahwin je kasi duit. Mak die Chinese dan die memang rapat ngan 'KongKong' , so tersilap sangka la sebentar. Hai.. walau camne pon, memang tak best betul la kena letak dalam kategori tu sengaja tak sengaja pon. Saya masih muda ~ cewah!

Raya ni tak best satu je. BANYAKNYE MAKAN... MACAM MANA NAK KURUS NI!!

Comments

Taqiyuddin said…
aku rasa belog kau nih jadi lebih lively la, bilamana kau berbahasa melayu. Atau mungkin ini hanyalah semangat hari raya yang telah dapat meluputkan resam dahlia hitam kau itu.
Walau bagaimana sekali pun, penulisan kau masih tetap mampu membuatkan aku berfikir.
Tahniah!
Dils said…
Wuaaahh..

begitu? Achaa?

Sebab rase macam lagi depressing aje kalo rant in BM. Imagine..

"Kenapa.. kenapa.. hati ini luluh, kau buat aku begini"

Naahh

Nuffnang

Popular posts from this blog

End of a decade?

So people are like eh its not the end of a decade, end of a decade is dec 2020. Whatever. We ignore this people. Nearing towards the end of 2019. I wanted to summarize what I had done in a decade but old age is catching up and my memory is foggy. Lets just tried it. From 2010 to 2019 - I had worked 3 jobs.  Quit and now a SAHM. - Went from 2 cats to 8 til recently and now down to 5. I can manage 5. 8 was chaos. - Somehow from having no kids I now have 3 boys. 2,5,7 . - I want to say I travel unsatisfactorily but I visited about 6 countries in 10 years. Ok lah.  - Husband went from long distance and now back at home just recently. - Went from a US tv shows addicts to Kdrama addicts. - Read a lot the first half of decade, not so after quitting. Duduk rumah don't feel like reading. Which is bad sebab kenkadang feels like brain rotting off. - Blogging is no longer a thing by 2019, but we hardened early 2000s bloggers are coming back to spout off nonsense s...

Raw

Why does my heart cried Feelings I can't fight You betrayed me But just don't deceived me And please believe me when I say I love you [From the movie Moulin Rouge] And why didnt he? He's playing hot and cold.. hot and cold with me. I can't stand it. Yet I always come back for more. I am a true blue masochist. I don't even ask him to love me. I just ask him to miss me. And he couldnt even do that.. or say it. I just want to see his face once more. To see his lovely smiles, his small laugh. Why couldn't I forget him. When he could so easily dismissed me.. he could just easily come back and messed my sense and sensibility. While my tears fall down to my keyboard, yet at the same time I was making jokes and soothing him telling him "no worries". I don't ask for much... a smile, a pat on the hand. I miss him so much. Yet I am so afraid to let it shows. Becoz then if I show it... it will hurt 10 times more.