Monday, January 07, 2013

Happy ending

Jumpa dah makhluk ni!

Semalam bile bangun rase susah hati sgt la bile tak jumpa die. Risau. Sambil tu dah sibuk nak cari kucing lain. Cewah. Sentap hati Bobby kalau die tahu aku nak pi cari pengganti. Bukan apee.. gollywolly tu kalau tinggal seskor mula la menyanyi satu rumah. Kalau terkunci die dalam bilik sensorang bising ya amat. Kalau ade teman die happy je. Kurap tu bukan peneman ye.

Anywayy.. semalam lepas mandikan2 Ajis nekad la gue mencari Bobby lagi. Hari Ahad kan. Weekdays dah payah dah. So dukung la kenit tu pegi jenjalan area taman perumahan sambil panggil "Bobbyyyy...". Macam2 kucing la yg bertuan dtg menjenguk. Ade tu tengah duk panggil sekor duk nyahut. Tengok2 ade kucing yg rupa cam bobby dalam cage kat luar rumah orang. Wahh.. hati dah happy dah wehhh. Sekali gi dekat sikit kat luar pagar. Lain laa. Die punyer marking grey tu banyak lagj dari Bobby. Dah bersedihan tepi rumah orang tu. Sedih bukan Bobby satu. Satu lagi sedih sebab tengok kucing tu miau sayu jee dari cage ke arah rumah mintak orang buka cage. Kalian kalau bela kucing, tolong la jangan letak kucing dalam cage lelama ok. Kesian taw. Lagi2 cage ke kecik.

Then sedih2 tu continue jalan panggil Bobby lagi. Ajis rilek je. Dah start panas tapi banyak kawasan teduh leh jalan. Ajis tu asalkan berdukung berjalan memang suke je. Tak kisah la bawak ke mana. Mana tak lambat benar nak bergulingnye anak oi.

Jalan depan lagi tetiba nampak Bobby tepi jalan! Wahh.. happy woo. Pantang je dukung budak. Kalau tak dah berlari dah. Bole pulak orang panggil die buat bodo je. So bile dah dekat sikit, aku duk tepuk2 sikit jalan tu. Sebab kalau kat rumah nak panggil die ke kite, selalu duk tepuk2 sofa. Baru die datang miau2. Sibuk la die before ni duk menghidu2 pokok kat depan rumah orang. So panggil die suh jalan tepi so I can lead him back la. Adala jalan tepi dalam 20 30 tapak pastu distracted tengok ape tah die nak gi arah lain pulak. ADHD betul. Last2 angkat die sebelah tangan sambil dukung ajis . Org2 lalu lalang naik motor tgk je pompuan ni duk pegang kucing sebelah budak sebelah.

Bawak die balik dah ade welcoming committee dah. Tapi sebab 2 hari hilang so mesti la ade bergelut dengan kucing memana, betina2 rumah tu duk hissing lepas bau. Dah lap sikit dengan pet wipes baru ok. Bobby ok je. Telinga sedikit robek. Sampai rumah terus cari makan n minum then terbongkang sepanjang hari sampai ke malam. Kesian.

Tak jauh pon jumpa die. Kat jalan belakang rumah. Tapi mungkin gak before this die kat tah memana sebab dah lalu situ 2 3 kali before cari die. Nasib baik jumpa la kan. Tapi rasenye kalau tak jumpa pon Insya Allah die dapat cari jalan. Cuma lambat sikit. Takut kena baham anjing or dilanggar je la in that time.

9 comments:

Iz Yahya said...

Wahhhh.. finally jumpa bobby. Kesian bobby. Sikit lagi mak dia nak carik kucing pengganti dah. Aku harap gollyWolly dan Kurap simpan rahsia ni sampai bila-bila. Hahaha.. Nsib baik la takde cedera parah. Siapa la yang bagi dia makan kan. Elok berak dia takde cirit?

frH said...

finally .. yeahhhh jumpa pon!


hahahaha lawak btol bobby sentap dpt tau kau nak carik pengganti .. cpt btol! haha

dils said...

Tak sure la. Tapi orang2 kat sini rajin feed strays, mungkin die tumpang sekaki.


Tadek pulak cirit, naseb baik. Tapi start balik dah selsema die. 2 malam die hilang tu kan hujan. Macam2 la Bobby. Takpela.

dils said...

hahaha.... biasa... aku ni kalau boleh nak 5 6 kucing, tapi dapat lesen untuk 3 je. Haha. Slot kosong kejab, mula la pasang angan2. Kesian Bobby. Hihihi.. takpe la Bobby, pengganti2 pon, Bobby tetap the best.

Iz Yahya said...

ok la tak cirit maksudnya takde la makan bukan-bukan tu. Kucing aku yang duduk rumah ni pun selsema, inikan pulak yang kena hujan. Macam askar sangat Bobby, siap meredah hujan apa semua. Hahaha

Cik Kiah said...

Boleh tak babap sikit bontotnya? Biasa ye buat disappearing act camtu.

kak aidah said...

Akak happpyyyy sangat baca. Alhamdulillah dia dah balik ke pangkal jalan. Kena grounded tak tu? Hehehe.

dils said...

hahaha., kena grounded kejab. tadi kasik keluar kejab tapi die setakat stay dalam kawasan rumah je.

dils said...

degilll bobby ni. tetap nak keluar lg

Disqus for Dils Stop