Saya suke.
Sebab, saya boleh mengemas belakang rumah yang asalnya adalah tempat kucing makan dan berak sekarang sudah menjadi macam kandang kucing. (Ada beza ke?)
Sebab, saya boleh tengok Sex and the City. Not.
Sebab, saya tak payah harung jem balik kerja. Suami baru tahu akan keperitan balik kerja dari Midvalley ke Ampang. Bisa membunuh diri. Itu menjadi realiti hari Selasa di mana merata KL jem.
Sebab, malam ni saya boleh tengok wayang dan balik lewat malam.
Sebab, saya boleh sambung menatap Facebook sambil upload gambar, lepas tu muntah-muntah sebab saya duduk di posisi yang tidak betul. Ye. Saya memang mengada. Dan saya tidak mengandung. Jangan nak duk pikir kalo muntah = membawa anak di dalam kandungan. Adalah sangat insulting.
Sebab, besok pagi boleh pergi air terjun kalau suami tak demam dan jikalau kami rajin bangun pagi-pagi.
Sebab, macam-macam planning ade dalam kepala, dan semua nak laksanakan tapi bile hari itu tiba cuma mahu melingkar di atas sofa sahaja.
p/s: Berbelog di dalam bahasa. 98%
Comments
p/s:komen bahasa rojak 100%
insulting = menjengkelkan.
almosy 100% in bm.
but im reading weirdly. tak biasa baca blog kau in bm. hahahha.
happy long weekend.
Takpe, at least dapat gak masuk in annual leave and bole simpan buat cuti panjang terus. Hehehe.